Sunday, 15 September 2019

PENULISAN REFLEKSI GKK 1043


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Di sini saya hanya ingin berkongsikan serba sedikit tentang refleksi diri saya dalam kursus yang diambil ini.

Sudah sedia maklum bahawa kesihatan diri dan kecergasan tubuh badan adalah suatu aspek yang penting dalam kehidupan kita. Sebelum saya bergelar seorang siswa guru, saya mengambil mudah tentang perkara ini walhal ia amatlah perlu dititik beratkan. Sejak zaman persekolahan, kita diperkenalkan dengan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK). Matlamat SEGAK  ini adalah bagi memastikan pelajar sentiasa peka dan mengambil cakna serta mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal dirinya. Ianya bertujuan untuk menilai dan mengukur tahap kecergasan seseorang pelajar.

Di institut pendidikan guru ini juga, saya didedahkan dengan ujian SEGAK dan Bleep Test. Ujian Segak ini merangkumi lima elemen ujian yang perlu dilaksanakan iaitu indeks jisim badan, ujian naik turun bangku, tekan tubi, jangkauan melunjur dan ringkuk tubi separa. Manakala, Bleep Test adalah pelajar hanya perlu berlari mengikut tempoh bleep yang dibunyikan. Ianya bertujuan untuk melihat tahap kemampuan kardiovaskular seseorang individu. Sebelum ujian post bagi segak dan bleep test dilaksanakan pada 10 September 2019,  kami perlu melakukan ujian pre-test dahulu yang diadakan beberapa minggu sbelum tarikh sebenar bagi melihat perbezaan kecergasan.
ujian indeks jisim badan

ujian yang pertama adalah ujian indeks jisim badan. Alhamdulillah BMI saya daripada pre ke post adalah normal dengan berat 44.9 kg dan tinggi 153 cm. Ini adalah kerana saya sangat menjaga pemakanan kerana takut BMI yang tidak normal boleh menjejaskan kepada obesiti. Badan yang tidak sihat akan memberi kesan pada kecergasan tubuh badan. Jadi amalan pemakanan yang sihat perlu diamalkan.

Seterusnya, ujian jangkauan melunjur yang mana saya hanya naik satu angka sahaja iaitu daripada 23 pada pre ke 24 ketika post. Hal ini adalah kerana daripada zaman sekolah lagi badan saya susah nak lentur. Tambahan pula, saya ada masalah sakit belakang. Namun saya sentiasa mencuba unuk meningkatkan lagi kerana pada asalnya saya hanya mampu untuk lakukannya pada tahap 20 sahaja.

Ujian pre untuk ringkuk tubi separa saya mencapai 19 sahaja akan tetapi pada ujian post saya dapat meningkatkan menjadi 22. peningkatan ini adalah kerana kekuatan otot obdomen saya yang semakin kuat. Seterusnya bagi ujian tekan tubi juga meningkat iaitu pada ujian pre saya mendapat 20 manakala ujian post saya dapat tingkatkan sehingga 30. Ianya adalah kerana keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu saya yang dapat menampung tekanan oleh badan.


Tekan tubi


Naik turun bangku

Ujian yang terakhir dalam SEGAK adalah naik turun bangku selama 3 minit untuk memeriksa kadar denyutan nadi. Ketika ujian pre, kadar denyutan nadi yang saya perolehi adalah 104 manakala ketika ujian post menurun kepada 93. Ini menunjukkan keputusan yang agak baik kerana saya dapat mengawal pernafasan semasa naik turun bangku menyebabkan kadar denyutan nadi menjadi perlahan. 


Melalui ujian Bleep Test pula saya mendapat keputusan yang agak tidak memuaskan hati kerana pada hari tersebut keadaan saya yang kurang sihat menjejaskan larian saya. Hal ini kerana pada waktu itu sakit migrain saya menyerang namun saya tetap berusaha untuk meningkatkan prestasi saya. Pada ujian pre dahulu saya mendapat level 3.3. Kemudian apabila ujian post saya masih berada di level yang sama iaitu 3.7. Keputusan level yang diperoleh amat menduka citakan saya kerana saya meletakkan target untuk mencapai level 4.2.


Kesimpulannya, penjagaan kesihatan amat penting bagi memastikan tubuh badan sentiasa cergas dan  bertenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti. Di samping itu, menjadi seorang siswa guru sudah pastinya memerlukan kekuatan otot dan daya tahanan yang kuat agar setiap kerja yang dilakukan adalah produktif.